MBDK menghargai data peribadi pelanggan kami dan memastikan semua data yang dikumpul
adalah selaras dengan PDPA (Personal Data Protection Act 2010)
PERINGATAN
Orang awam adalah dinasihatkan, diingatkan dan dilarang untuk menggunakan apa-apa bentuk
komunikasi kurang sopan, kesat, lucah, penghinaan, palsu, konfrantasi, dan/atau tuduhan
tanpa asas semasa menyalurkan sebarang aduan, cadangan dan permohonan atau komunikasi yang
lain.
Majlis berhak menolak dan tidak akan melayan sebarang:
Aduan, cadangan atau permohonan yang berbentuk sedemikian(seperti diatas);
Aduan berulang daripada individu yang sama yang telah pun diberi maklumbalas sewajarnya;
Aduan yang dikemukakan tiada maklumat terperinci, benar dan lengkap;
Aduan yang berniat jahat (mala fide)
Majlis juga tidak akan campur tangan dalam kes-kes aduan yang melibatkan keputusan mana-mana
mahkamah / badan arbitrari / seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah
peribadi antara syarikat/individu/talian persaudaraan/ tuntutan sivil yang tiada kaitan
dengan peranan/fungsi Majlis.
SILA SALURKAN ADUAN TUAN/PUAN DENGAN KOMUNIKASI BERHEMAH.
Terma Rujukan
Pekeliling AM Bil.2 Tahun 2022; Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam
Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bil.3/Tahun 2010; Penambahbaikan Proses
Aduan Awam di Negeri Selangor